Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kek pandan yang lazat dan gebu? Kali ini penulis ingin mengajak anda mempelajari resepi pencuci mulut yang sesuai dijadikan santapan ketika minum petang atau sebagai juadah kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Resepi istimewa tersebut adalah kek pandan. Resepi pencuci mulut ini adalah mudah dan tidak rumit untuk dihasilkan.
Pengenalan
Bagi peminat aroma pandan, kek pandan adalah salah satu resepi yang semestinya anda perlu cuba untuk membuatnya di rumah. Pada masa kini, kek pandan ini bukan saja enak dihidang sebegitu sahaja malah terdapat variasi dalam menambah lagi kesedapan kek ini antaranya dengan tambahan bersama sos gula melaka, sedikit kelapa parut, krim Swiss Meringue Buttercream, taburan cheese, cream cheese ataupun coklat.
Dengan menghidangkan kek pandan bersama dengan elemen-elemen tambahan ini ketika sejuk, ia pasti akan menambahkan lagi selera si pemakan. Tidak hairanlah ramai yang menjadikan kek pandan cheese atau kek pandan gula melaka sebagai pendapatan sampingan pada masa sekarang. Jadi untuk membuat kek yang lazat ini, penulis akan mengajar anda cara-cara untuk membuatnya.
Masa Penyediaan: 45-50 minit
Masa Memasak: 40 minit
Saiz Hidangan Yang Sesuai: Gunakan Loyang 9 x 9 inchi
Bahan-Bahan untuk Resepi Kek Pandan
- 250g salted butter
- 160g gula kastor
- 4 biji telur saiz A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 300g tepung naik sendiri
- 75g santan kotak
- 100ml jus pandan (gunakan daun pandan segar)
- 1 sudu kecil pandan emulco
- beberapa titik pewarna hijau
Cara-Cara untuk Membuat Resepi Kek Pandan
- Bersihkan daun pandan dahulu dengan air bersih. Kemudian, masukkan daun pandan dan air kedalam pengisar. Kisar halus daun pandan dan tapiskan. Ketepikan seketika.
- Ayak tepung naik sendiri ke dalam bekas yang lain. Ketepikan.
- Masukkan santan, air pandan, pandan emulco dan titikan pewarna hijau ke dalam bekas.
- Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan ketepikan seketika.
- Pukul mentega dan gula kastor sampai kembang dan bertukar warna putih.
- Kemudian, masukkan telur sebiji sebiji ke dalam adunan mentega tadi. Selang selikan dengan memukul adunan.
- Masukkan esen vanilla dan tepung baik sendiri yang telah diayak ke dalam bekas yang berisi adunan tadi. Gaulkan sehingga sebati adunan ini.
- Masukkan pula bahan bahan yang telah dicampurkan (santan, air pandan, pandan emulco dan pewarana hijau) dan gaul sehingga sebati.
- Letakkan baking paper ke dalam loyang anda dan masukkan adunan kek pandan. Kemaskan adunan kek didalam Loyang.
- Masukkan didalam oven dan bakar pada suhu 160 Celcius selama 25-30 minit.
- Apabila sudah masak, anda boleh lah keluarkan dari oven dan sejuk kan seketika pada suhu bilik.
- Sekiranya nak buat gabungannya seperti sos gula melaka dan Swiss Meringue Buttercream boleh menambahnya mengikut selera anda.
Tips Berguna:
- Simpan dibahagian chiller dahulu sebelum makan bagi memberi kesedapan yang berganda. Atau anda boleh juga hidangkan suam-suam semasa minum petang bersama dengan air teh suam.
- Pastikan masukkan bahan bahan sedikit demi sedikit berselang seli dengan memukul adunan kek supaya adunan menjadi mudah untuk sebati.
- Selepas masukkan adunan didalam loyang, hentak atau goyangkan sedikit loyang untuk mengeluarkan udara dan gelembung pada adunan kek.
- Suhu yang digunakan perlu dilaras mengikut pada oven masing-masing iaitu naikkan suhu atau kurangkan suhu untuk membakar kek.
- Gunakan garfu atau lidi untuk memeriksa kek anda sudah masak atau belum. Sekiranya tiada lekatan pada garfu atau lidi selepas anda cucuk kek anda, bermakna kek anda sudah masak.
- Anda boleh sendalkan senduk kayu pada penutup oven dahulu dan tidak mengeluarkan kek terus daripada oven setelah selesai masak bagi mengelakkan bahagian tengah kek mendap ke bawah.
Selamat mencuba!
Resepi Kek Yang Lain