resepi biskut makmur

Resepi Biskut Makmur Gebu Dan Cair Di Mulut

Bagaimanakah cara untuk membuat biskut makmur yang gebu dan cair di mulut? Biskut makmur adalah antara biskut kegemaran ramai. Bila musim perayaan tiba, penulis sendiri pasti tidak ketinggalan menyediakan juadah biskut makmur di meja bersama-sama dengan biskut-biskut raya yang lain. Biskut makmur juga boleh dijadikan kudapan untuk dimakan bersama keluarga atau ketika menonton siaran televisyen. Kelembutan dan gebunya biskut ini pasti membuatkan balang biskut menjadi licin hingga tinggal serbuk!

Pengenalan

Selain tekstur biskut makmur yang gebu dan lembut, kelazatannya juga terdapat pada kacang yang dikisar bersama gula aising yang menambahkan lagi keenakan biskut ini. Biskut makmur ini mudah untuk dihasilkan dan sangat berbaloi untuk dinikmati. Jadi untuk resepi biskut kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk membuat biskut yang sedap dan popular ini. Anda sudah bersedia? Mari kita lihat bagaimana cara untuk memasak resepi biskut makmur yang memukau ini.

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak:15 minit

Jumlah Hidangan: 45-50 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Makmur

Bahan untuk doh:

  • 500g tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi

Bahan untuk inti:

  • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu besar creamy atau crunchy peanut butter (ikut selera)-supaya inti mudah dimasukkan dalam doh nanti

Bahan untuk salut:

  • Sedikit gula icing
  • Satu sudu susu tepung (ikut selera)

Cara-Cara untuk Membuat Resepi Biskut Makmur

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kuali dan masukkan tepung gandum ke dalam kuali yang panas. Kemudian, sangai tepung gandum dahulu. Angkat dan ketepikan seketika.
  2. Masukkan tepung gandum yang sudah disangai bersama gula aising kedalam bekas lain dan ayak dua bahan di bekas yang lain.
  3. Gaulkan bahan bahan tadi bersama minyak sapi. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut supaya senang diuli. Ketepikan.
  4. Masukkan kacang tanah, gula icing dan mentega kacang ke dalam pengisar. Kisar tiga bahan ini. Ketepikan.
  5. Gunakan sudu besar untuk mendapatkan saiz yang sama besar. Guna sudu untuk mengambil sukatan doh dan leperkan doh biskut anda. Letakkan inti kacang ditengah tengah dan tutupkan doh yang berinti kacang tadi dengan membentukkan bujur. Buat sehingga habis doh.
  6. Gris tray dan letakkan baking paper pada tray anda.
  7. Susun doh yang sudah dibentuk didalam tray dan buat sehingga habis
  8. Masukkan tray ke dalam oven dan bakar dengan suhu 150-160 Celcius.
  9. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika.
  10. Salutkan dengan gula ising bercampur susu tepung.
  11. Simpan didalam bekas kedap udara.

Tips Berguna:

  • Jangan angkat biskut anda ketika panas kerana biskut makmur anda sangat sangat lembut ketika itu. Biarkan sejuk sebelum meneruskan langkah seterusnya bagi mengelakkan ia hancur.
  • Jika tiada gula icing, boleh kisar gula pasir hingga hancur.
  • Tunggu biskut sejuk dahulu selepas bakar sebelum salut dengan gula icing.
  • Jangan mengambil masa yang lama untuk menyangai tepung gandum anda. Sangai dalam anggaran 4-5 minit sahaja.

Selamat Mencuba!

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut CappucinoResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 1 =