Bagaimanakah cara untuk memasak resepi sotong goreng kunyit yang sedap? Sotong goreng kunyit merupakan lauk masakan yang digemari ramai. Selain cara memasaknya yang mudah, sotong goreng kunyit juga sedap dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan. Hidangan lauk ini sesuai dimasak untuk makan tengah hari dan juga makan malam.
Pengenalan
Sotong merupakan menu yang menjadi kegemaran ramai. Antara menu yang popular dengan masakan sotong adalah seperti sambal sotong, sotong sumbat, sotong bakar, kerabu sotong, kari sotong dan sotong goreng kunyit.
Sotong goreng kunyit merupakan juadah yang sering menjadi pilihan ramai kerana cara memasaknya yang ringkas namun ia mampu menambat selera sesiapa sahaja. Apabila digaul bersama nasi dan dimakan bersama sambal belacan, maka ia tidak cukup dengan hanya sepinggan nasi. Mari kita pelajari resepi sotong goreng kunyit yang enak ini untuk santapan seisi keluarga.
saiz hidangan: 4 orang
Bahan-Bahan Untuk Resepi Sotong Goreng Kunyit
- 5 ekor Sotong Putih dipotong 2cm
- 1 biji bawang besar – dipotong gegelung
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
- 1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
- 1 sudu kecil jintan putih (ditumbuh)
- 3 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- 1 batang cili merah besar dihiris
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng
Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Sotong Goreng Kunyit
- Gaulkan sotong yang dipotong bersama serbuk kunyit, 2 sudu kecil garam, lada hitam, jintan manis dan jintan putih. Ketepikan.
- Dalam kuali, panaskan minyak. Setelah minyak panas masukkan sotong. Gaulkan dan goreng sehingga sotong masak dengan api sederhana.
- Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
- Masukkan cili dan bawang besar. Gaulkan dan masak sehingga bawang layu.
- Gaul rata dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Tips masakan:
- Boleh juga tambah 1 batang kulit kayu manis dalam masakan untuk rasa rempah dan lebih manis.
- Jika suka boleh tambahkan ubi kentang. Boleh gaulkan dengan kunyit dan goreng terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam masakan.
- Boleh juga masukkan cili padi untuk gantikan cili merah besar.
Pelbagai Resepi Sotong Lain