Bagaimanakah cara memasak resepi sotong sumbat yang sedap? Artikel ini akan membincangkan cara memasak, bahan-bahan masakan dan juga tips untuk menghasilkan resepi sotong sumbat yang sedap.
Apa itu Sotong Sumbat?
Sotong sumbat merupakan hidangan popular di Filipina. Sotong sumbat atau lebih dikenali sebagai Rellenong Pusit, merupakan hidangan yang mempunyai kepelbagaian dalam pilihan inti atau bahan yang hendak anda sumbat ke dalam sotong tersebut.
Di Filipina kebiasaannya Rellenong Pusit disediakan dengan berintikan daging atau sayur-sayuran. Di dalam resepi mudah yang akan saya kongsikan hari ini, kita akan menggunakan telur dan sedikit sayuran sebagai intinya.
Masa memasak: 45 minit
Jumlah Hidangan: 3
Bahan untuk Resepi Sotong Sumbat
Bahan Sotong Sumbat:
- 10 ekor sotong
- 4 biji telur
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 2 biji bawang Holland (ditumbuk halus)
- 2 pokok daun ketumbar – dihiris halus
- 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
- Garam
- Kunyit
- Lada hitam
Bahan Penyediaan Sambal Kicap:
- Seulas bawang putih
- 8-10 tangkai cili padi (dihiris)
- Kicap manis secukupnya
- Satu cawan air suam
Cara Penyediaan Resepi Sotong Sumbat
- Bersihkan sotong dengan membuang isi perutnya lalu perapkan sotong dengan garam, kunyit dan lada hitam secukupnya.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam, bawang putih, bawang Holland, hirisan daun ketumbar dan lobak merah ke dalam mangkuk berisi telur. Kacau sebati.
- Dalam masa yang sama, panaskan sedikit minyak di atas api yang sederhana. Kemudian, masukkan campuran telur tadi dan kacau sehingga telur masak.
- Apabila telur telah masak, sumbatkan telur ke dalam sotong yang telah diperap sehingga penuh dan cantumkan kepala sotong dengan lidi.
- Akhir sekali, bakarkan sotong di atas pemanggang ajaib sehingga sotong cukup masak.
- Untuk penyediaan sambal kicap, tumbuk kasar bawang putih dan cili padi yang telah dihiris. Kemudian maskkan ke dalam mangkuk, dan tuang kicap manis sehingga menutup bahan yang ditumbuk tadi. Seterusnya, masukkan satu cawan air suam dan gula dan kacau sehingga sebati.
- Sotong sumbat telur dengan sambal kicap power anda kini telah sedia untuk dihidang.
Tips Berguna
- Sekiranya ingin mengurangkan bau hanyir sotong, gaulkan bahan tersebut dengan tepung gandum dan sedikit asam jawa lalu dibersihkan.
- Untuk memastikan sotong tidak liat dimakan, pastikan api yang digunakan adalah sederhana dan tidak dimasak terlalu lama.
- Asid laktik juga dikatakan boleh memastikan sotong lembut dan mudah dimakan. Anda boleh merendam sotong di dalam susu selama lebih kurang 4 jam sebelum dimasak.
Pelbagai Resepi Sotong Lain