Resepi Biskut Pandan Gula Melaka

Resepi Biskut Pandan Gula Melaka Yang Sedap Dan Rangup

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut pandan gula melaka yang sedap dan mudah untuk disediakan?  Biskut pandan gula melaka juga dikenali sebagai biskut onde-onde kerana rupa dan rasanya seakan kuih onde-onde. Walau bagaimanapun, bahan yang digunakan dan cara penyediaan untuk menghasilkan biskut pandan gula melaka ini tidak sama seperti kuih onde-onde.

Biskut ini merupakan biskut moden dan tidak hanya boleh didapati pada musim perayaan sahaja malahan boleh didapati di kedai online dan juga pasaraya. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut pandan gula melaka. 

Pengenalan

Biskut pandan gula melaka atau dikenali juga sebagai biskut onde-onde ini merupakan biskut moden yang divariasikan daripada kek pandan gula melaka. Rasanya amat enak dengan warnanya yang berwarna hijau dan aroma pandan yang begitu memikat hati dan selera anda.

Biskut ini amat mudah untuk disediakan dan menggunakan bahan yang asas serta mudah untuk didapati. Selain dijadikan sebagai menu kuih raya pada musim perayaan, ia juga boleh dijadikan sebagai kudapan dan juga sebagai menu semasa majlis keramaian. Mari kita cuba resepi biskut pandan gula melaka yang sedap dan mudah.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Pandan Gula Melaka

  • 250 gram mentega (biarkan pada suhu bilik supaya bunga tidak mengembang)
  • 250 gram tepung gandum
  • 90 gram gula perang
  • 2 sudu besar kelapa putih
  • 1 sudu kecil esen pandan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji kuning telur
  • Kelapa kering (sebagai hiasan)
  • Gula melaka (telah disagat untuk hiasan)

Cara- Cara memasak Resepi Biskut Pandan Gula Melaka

  1. Mula-mula sekali, ayakkan tepung gandum dan serbuk penaik terlebih dahulu. Satukan di dalam mangkuk.
  2. Di dalam mangkuk yang berasingan, masukkan mentega, gula perang, esen pandan, kuning telur dan pewarna hijau. Kacau dan gaulkan sekata bahan-bahan tersebut dengan menggunakan spatula.
  3. Kemudian, masukkan pula tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak sebentar tadi sedikit demi sedikit. Setelah itu, uli bahan-bahan tersebut secara perlahan sehingga membentuk doh yang lembut. Kemudian, masukkan pula kelapa putih. Gaulkan sebati.
  4. Selepas itu, masukkan doh adunan ke dalam beg paip yang telah berisi nozzle kesukaan anda.
  5. Setelah itu, paipkan adunan tersebut secara membulat dengan saiz yang sederhana kerana biskut ini akan mengembang. Paipkan di atas dulang pembakar yang telah disapu mentega agar biskut yang telah dibakar nanti tidak melekat pada dulang pembakar. Jarakkan susunan adunan biskut agar apabila kembang nanti tidak akan melekat antara satu sama lain.
  6. Buat sehingga doh habis. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 160oC.
  7. Apabila semua doh telah siap dipaip dan disusun di atas dulang pembakar, hiaskan dengan gula melaka yang telah diparut dan juga kelapa kering. Bakar doh biskut di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga biskut masak dengan suhu 160oC. Bergantung juga kepada ketuhar masing-masing.
  8. Akhir sekali, apabila biskut sudah siap dibakar, sejukkan terlebih dahulu di atas redai. Dan sedia untuk disajikan kepada tetamu dan boleh disusun ke dalam balang biskut.
  9. Selamat mencuba resepi ini.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Dahlia
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × four =